MURTADIN_KAFIRUN
Latest topics
» Malala Yousafzai - Penistaan Terhadap Islam Akan Menciptakan Terorisme
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptySun 17 Feb 2019, 7:20 am by buncis hitam

» Prediksi Bola Terbaik 1 Febuari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyThu 31 Jan 2019, 3:35 pm by bagas87

» Prediksi Skor Jitu 1 Febuari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyThu 31 Jan 2019, 3:24 pm by bagas87

» Prediksi & Bursa Bola 1 Febuari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyThu 31 Jan 2019, 3:19 pm by bagas87

» Prediksi Bola Lengkap 1 Febuari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyThu 31 Jan 2019, 3:15 pm by bagas87

» Prediksi Bola Terbaik 29-30 Januari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyTue 29 Jan 2019, 2:58 pm by bagas87

» Prediksi Skor Jitu 29-30 Januari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyTue 29 Jan 2019, 2:48 pm by bagas87

» Prediksi & Bursa Bola 29-30 Januari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyTue 29 Jan 2019, 2:41 pm by bagas87

» Prediksi Bola Lengkap 29-30 Januari 2019
evolusi ternyata cuma dongeng modern EmptyTue 29 Jan 2019, 2:31 pm by bagas87

Gallery


evolusi ternyata cuma dongeng modern Empty
MILIS MURTADIN_KAFIRUN
MURTADIN KAFIRUNexMUSLIM INDONESIA BERJAYA12 Oktober Hari Murtad Dari Islam Sedunia

Kami tidak memfitnah, tetapi menyatakan fakta kebenaran yang selama ini selalu ditutupi oleh muslim untuk menyembunyikan kebejatan nabinya

Menyongsong Punahnya Islam

Wadah syiar Islam terlengkap & terpercaya, mari sebarkan selebaran artikel yang sesungguhnya tentang si Pelacur Alloh Swt dan Muhammad bin Abdullah yang MAHA TERKUTUK itu ke dunia nyata!!!!
 

Kebrutalan dan keberingasan muslim di seantero dunia adalah bukti bahwa Islam agama setan (AJARAN JAHAT,BUAS,BIADAB,CABUL,DUSTA).  Tuhan (KEBENARAN) tidak perlu dibela, tetapi setan (KEJAHATAN) perlu mendapat pembelaan manusia agar dustanya terus bertahan

Subscribe to MURTADIN_KAFIRUN

Powered by us.groups.yahoo.com

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 354 on Wed 26 May 2010, 4:49 pm
RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


Social bookmarking

Social bookmarking digg  Social bookmarking delicious  Social bookmarking reddit  Social bookmarking stumbleupon  Social bookmarking slashdot  Social bookmarking yahoo  Social bookmarking google  Social bookmarking blogmarks  Social bookmarking live      

Bookmark and share the address of MURTADINKAFIRUN on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of MURTADIN_KAFIRUN on your social bookmarking website


evolusi ternyata cuma dongeng modern

Go down

evolusi ternyata cuma dongeng modern Empty evolusi ternyata cuma dongeng modern

Post by paulusjancok on Tue 22 Nov 2011, 1:16 pm

Di dalam beberapa bab yang lepas di dalam buku ini, kita telah mengkaji mengapa Teori Evolusi, yang mendakwa hidupan tidak diciptakan, adalah satu kesilapan yang sama sekali bertentangan dengan fakta-fakta sains. Kita telah menyaksikan bagaimana sains moden telah mendedahkan sebuah fakta yang paling tersirat melalui beberapa cabang sains seperti paleontologi, biokimia, dan anatomi. Fakta tersebut ialah bahawa semua benda hidup telah diciptakan oleh Allah.

Sebenarnya, untuk mengenal pasti fakta-fakta ini seseorang itu tidak perlu merujuk kepada keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh makmal-makmal biokimia atau penggalian-penggalian geologi. Tanda-tanda kebijaksanaan yang luar biasa dapat dikesan pada setiap benda hidup apabila ia diperhatikan. Terdapat sebuah teknologi dan rekaan yang hebat pada tubuh seekor serangga dan seekor ikan kecil di dalam laut dalam yang tidak dimiliki oleh manusia. Sesetengah hidupan yang walaupun tidak berotak tetapi berjaya melaksanakan tanggungjawab sukar yang manusia sendiri tidak dapat dilakukannya.

Kebijaksanaan, perancangan dan plan hebat yang merangkumi seluruh alam semula jadi ini adalah bukti yang paling jelas tentang kewujudan seorang Pencipta yang menguasai seluruh alam, iaitu Allah. Allah telah menghiasi semua benda-benda hidup dengan sifat-sifat yang luar biasa dan menunjukkan manusia bukti tanda-tanda kewujudan dan kekuasaan-Nya.

Di dalam bab-bab seterusnya kita hanya akan mengkaji beberapa bukti Penciptaan di dalam alam semula jadi ini.


Lebah Madu dan Keindahan Reka Bentuk Sarangnya

Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun pentagon?

Ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".Sebuah sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan bentuk yang paling sesuai.

Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan: lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah.

Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan. Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah.

Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain, maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah semua makhluk-makhluk kecil ini. Jelasnya, Allah, pencipta kepada semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi" terhadap apa yang mereka lakukan. Kenyataan ini telah dijelaskan di dalam al-Quran empat belas kurun yang lalu:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)


Jurutera Yang Mengagumkan: Anai-Anai
Siapa pun tidak dapat mengelak daripada merasa kagum dengan busut yang dibina oleh anai-anai di atas tanah. Ini kerana busut anai-anai adalah sebuah keajaiban reka bentuk yang dibina setinggi 5-6 meter. Di dalam sarang ini terdapat sistem-sistem yang sofistikated untuk memenuhi keperluan anai-anai yang tidak dapat muncul di bawah pancaran cahaya matahari disebabkan oleh struktur tubuh mereka.

Di dalam busut tersebut, terdapat sistem pengudaraan, terusan, bilik-bilik larva, koridor, perkarangan khas kalis kulat, pintu keluar keselamatan, bilik untuk musim panas dan sejuk; ringkasnya, segala-galanya. Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah semua anai-anai yang membina busut ini adalah buta.160

Berdasarkan fakta ini, sekiranya kita membandingkan saiz seekor anai-anai dan busutnya, kita dapat melihat bahawa anai-anai telah berjaya membina satu projek kejuteraan yang 300 kali ganda lebih besar daripada tubuhnya. Anai-anai mempunyai juga mempunyai satu lagi sifat yang mengagumkan:

sekiranya kita pecahkan sebuah busut anai-anai kepada dua bahagian pada peringkat pertama pembinaannya, dan kemudian menyatukannya semula selepas beberapa lama, kita akan mendapati bahawa semua lorong, terusan dan jalan saling bersilang antara satu sama lain. Anai-anai ini menjalankan kerja mereka seolah-olah mereka tidak pernah dipisahkan dan diperintahkan daripada satu tempat.


Burung Belatuk
Semua orang tahu bahawa burung belatuk membina sarangnya dengan mematuk batang pokok. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana burung belatuk tidak mengalami pendarahan otak apabila mereka mencacah begitu kuat dengan kepala mereka. Apa yang dilakukan oleh burung belatuk ini sama seperti seorang manusia memasukkan paku ke dalam dinding dengan menggunakan kepalanya. Jika seorang manusia cuba melakukan seperti itu, dia pasti akan mengalami kejutan otak diikuti dengan pendarahan otak. Bagaimana pun, seekor burung belatuk dapat mematuk batang pokok yang keras 38-43 kali di antara 2.10 dan 2.69 saat dan tiada apa yang berlaku.

Tiada apa pun yang berlaku kerana struktur kepala burung belatuk telah direka sesuai untuk kerja seperti ini. Tengkorak burung belatuk mempunyai satu sistem "suspensi" yang mengurangkan dan menyerap daya pukulan itu. Terdapat tisu-tisu lembut khas di antara tulang-tulang dan tengkoraknya.161


Sistem Sonar Kelawar

Kelawar terbang di dalam gelap tanpa masalah dan mereka mempunyai satu sistem pengemudi yang menarik untuk melakukannya. Ia adalah apa yang kita gelar sistem "sonar", sebuah sistem yang membolehkan bentuk-bentuk objek di sekeliling dikenal pasti berdasarkan kepada gema pantulan bunyi.

Seorang kanak-kanak dapat mengesan satu bunyi berfrekuensi 20,000 getaran per saat. Tetapi, seekor kelawar yang dianugerahkan dengan sebuah "sistem sonar" yang istimewa dapat menerima bunyi yang mempunyai frekuensi di antara 50,000 dan 200,000 getaran per saat. Ia menghantar bunyi di dalam semua arah 20 atau 30 kali setiap saat. Gema bunyi adalah sangat berkuasa sehingga kelawar tidak hanya dapat mengesan kewujudan objek tersebut pada laluannya, tetapi juga mengesan lokasi mangsanya yang berterbangan.162


Ikan Paus

Mamalia biasanya perlu bernafas dan kerana itu air bukan persekitaran yang sesuai untuk mereka. Bagaimana pun, di dalam seekor ikan paus, yang merupakan mamalia laut, masalah ini telah dapat diselesaikan dengan sebuah sistem pernafasan yang jauh lebih efisien daripada kebanyakan haiwan-haiwan darat. Ikan pauh yang bernafas sekali pada satu masa mengecas 90% udara yang digunakannya. Oleh itu, ia hanya perlu bernafas sekali dalam tempoh yang panjang. Pada masa yang sama, ia juga mempunyai satu bahan yang amat pekat dikenali sebagai "myoglobin" yang membantunya menyimpan oksigen di dalam otot-ototnya. Dengan bantuan sistem-sistem ini, seekor ikan paus dapat menyelam sedalam 300 meter dan berenang selama 40 minit tanpa bernafas.163 Dari segi lain pula, lubang hidung ikan paus terletak di bahagian belakangnya tidak seperti mamalia darat yang lain, supaya ia dapat bernafas dengan mudah.


Reka Bentuk Nyamuk

Kita sering menyangka nyamuk adalah seekor haiwan terbang. Sebenarnya, nyamuk menghabiskan peringkat pembentukannya di bawah air dan keluar daripada air melalui satu "bentuk" istimewa yang dihasilkan dengan semua organ-organ yang diperlukannya.

Nyamuk mula terbang dengan sistem pengesan pada punggungnya untuk mengesan kedudukan mangsa. Dengan sistem-sistem ini, ia seperti sebuah kapal terbang perang yang dilengkapi dengan pengesan kepanasan, gas, kelembapan dan bauan. Malah ia juga mempunyai kelebihan untuk "melihat bersesuaian dengan suhu", ia membantu nyamuk mengesan mangsanya walaupun di dalam gelap gelita.

Teknik "menghisap darah" nyamuk juga memiliki sistem yang kompleks. Dengan sistem enam pisau pemotong, ia memotong kulit seperti sebilah gergaji. Ketika proses pemotongan ini berjalan, satu perembes yang merembeskan ke arah luka tersebut akan mengebaskan tisu-tisunya dan orang tersebut tidak akan menyedari darahnya sedang disedut. Perembes ini juga, pada masa yang sama, menghalang pembekuan darah dan membantu meneruskan proses penyedutan.

Dengan kehilangan walau satu daripada sistem-sistem ini, nyamuk tidak akan dapat menghisap darah dan meneruskan generasinya. Dengan rekaannya yang istimewa, makhluk kecil ini merupakan satu bukti tanda Penciptaan. Di dalam al-Quran, nyamuk telah ditegaskan sebagai satu contoh yang membuktikan kewujudan Allah kepada manusia untuk memahaminya:

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Surah Al-Baqarah:26)


Burung Pemangsa Dengan Penglihatan Yang Tajam

Burung pemangsa mempunyai mata yang tajam yang membolehkan mereka membuat penyelarasan jarak yang sempurna ketika menyerang mangsanya. Tambahan pula mata mereka yang besar mempunyai sel-sel penglihatan yang lebih. Terdapat lebih satu juta sel penglihatan di dalam mata seekor burung pemangsa.

Helang yang terbang pada ketinggian beratus-ratus meter tinggi mempunyai mata yang tajam sehingga ia dapat mengimbas bumi dengan sempurna pada satu jarak. Seperti sebuah kapal terbang perang mengesan sasarannya yang beratus-ratus meter jauh, begitu juga helang mengesan mangsanya, dengan melihat sedikit warna yang berganjak atau pergerakan kecil di bumi. Mata helang mempunyai satu sudut pandangan tiga ratus darjah dan ia dapat membesarkan satu imej yang diterima sekitar enam ke lapan kali. Helang dapat mengimbas satu kawasan seluas 30,000 hektar ketika terbang 4,500 meter di atasnya. Ia dengan mudah akan dapat mengesan seekor arnab di celah-celah rumput pada satu latitud 1,500 meter. Ia merupakan satu bukti bahawa struktur mata helang yang luar biasa ini telah direka dengan begitu istimewa untuk makhluk ini.


Benang Labah-labah

Labah-labah bernama Dinopis mempunyai kebolehan memburu yang hebat. Selain daripada menenun sebuah jaring dan menanti mangsa, ia juga menenun satu jaring kecil yang luar biasa untuk dilontarkan ke arah mangsanya. Kemudian, ia akan membalut dengan kejap mangsa tersebut dengan jaring ini. Serangga yang telah terperangkap tidak dapat berbuat apa-apa untuk melepaskan dirinya. Jaring tersebut dibina dengan begitu sempurna sehinggakan serangga-serangga akan menjadi lebih terjebak apabila ia makin cemas. Untuk menyimpan makanannya, labah-labah membalut mangsa dengan benang-benang tambahan, seolah-olah seperti ia dibungkuskan.

Bagaimana labah-labah ini dapat membina sebuah jaring yang begitu menakjubkan dengan reka bentuk mekanikal dan struktur kimia? Adalah mustahil jika labah-labah ini memperolehi kebolehan seperti ini secara kebetulan, seperti yang didakwa oleh para evolusionis. Labah-labah tidak mempunyai keupayaan untuk belajar atau mengingat, malah ia tidak mempunyai otak untuk menjalankan tugas-tugas ini. Jelaslah, bahawa keupayaan ini telah dianugerahkan kepada labah-labah oleh penciptanya, Allah, Yang Maha Berkuasa.

Berbagai keajaiban-keajaiban penting tersembunyi di dalam benang labah-labah ini. Benang ini, dengan diameter kurang daripada seribu per satu milimeter, adalah lima kali lebih kuat daripada wayar besi pada ketebalan yang sama. Benang ini mempunyai satu lagi karakteria lain, ia amat ringan. Panjang benang ini mampu mengelilingi bumi ini dengan hanya berat 320 gram.164 Besi, satu bahan khas yang dibuat di dalam perusahaan industri, adalah bahan terkuat yang dihasilkan oleh manusia. Bagaimana pun, labah-labah dapat menghasilkan di dalam badannya benang yang jauh lebih kukuh daripada besi. Manusia menghasilkan besi berdasarkan pengetahuan dan teknologi orang yang terdahulu; kalau begitu, pengetahuan dan teknologi manakah yang labah-labah guna untuk membuat benangnya?

Seperti yang dapat kita lihat, semua kualiti teknologi dan teknik yang ada pada manusia adalah lebih mundur daripada seekor labah-labah.


Haiwan-haiwan Hibernat

Haiwan-haiwan hibernat (haiwan yang tidur sepanjang musim sejuk) dapat terus hidup walau pun suhu badan mereka jatuh pada darjah yang sama dengan suhu sejuk di luar. Bagaimana mereka melakukannya?

Mamalia adalah haiwan berdarah panas. Ini bererti di dalam keadaan biasa, suhu badan mereka sentiasa tetap kerana termostat semula jadi di dalam badan mereka mengekalkan suhu ini. Tetapi, ketika berhibernat, kepanasan mamalia-mamalia kecil, seperti tikus tupai dengan suhu kepanasan badan biasa ialah 40 darjah, akan jatuh sedikit di bawah paras beku. Metabolisme badan menurun perlahan-lahan ke satu tahap. Haiwan ini mula bernafas perlahan dan degup jantung normalnya, iaitu 300 kali seminit, akan turun ke 7-10 degup seminit. Refleksi normal tubuhnya berhenti dan aktiviti elektrik di dalam otaknya menjadi perlahan hingga hampir tidak dapat dikesan.

Di antara bahaya tidak bergerak ialah pembekuan tisu-tisu di dalam cuaca yang terlalu sejuk dan ia dimusnahkan oleh kristal ais. Haiwan-haiwan hibernat bagaimana pun, terpelihara daripada bahaya ini kerana sifat-sifat istimewa yang dianugerahkan kepada mereka. Cecair badan haiwan-haiwan hibernat mengandungi bahan-bahan kimia yang mempunyai jisim molekul yang tinggi. Oleh itu, tahap beku mereka menurun dan mereka terpelihara daripada cedera.165


Ikan Elektrik

Beberapa spesies daripada jenis ikan seperti belut dan ikan pari menggunakan kuasa elektrik yang terhasil di dalam badan mereka untuk mempertahankan diri daripada musuh-musuh mereka atau melumpuhkan mangsa mereka. Di dalam semua benda hidup – termasuk manusia – terdapat sejumlah kecil tenaga elektrik. Manusia, bagaimana pun, tidak dapat menggunakan atau mengawalnya untuk kegunaannya sendiri. Haiwan-haiwan yang disebutkan di atas, sebaliknya, mempunyai kuasa elektrik setinggi 500-600 voltan di dalam badan mereka dan mereka dapat menggunakannya untuk menentang musuh-musuh mereka. Tambahan pula, mereka tidak terkesan dengan tenaga elektrik ini.

Tenaga yang mereka gunakan untuk mempertahankan diri akan didapati semula setelah beberapa lama seperti mengecas sebiji bateri dan kuasa elektrik bersedia untuk digunakan lagi. Ikan tidak menggunakan kuasa elektrik di dalam badannya yang kecil melainkan untuk melindungi diri. Di samping dapat membantu mereka mencari jalan ketika di dalam air yang dalam dan gelap, tenaga elektrik juga membantu mereka mengesan objek-objek tanpa melihatnya. Ikan dapat menghantar isyarat dengan menggunakan elektrik di dalam badan mereka. Isyarat elektrik ini akan memantul kembali apabila terkena objek pejal dan pantulan ini memberikan ikan-ikan ini maklumat tentang objek tersebut. Dengan cara ini, ikan akan dapat mengenal pasti jarak dan saiz sesuatu objek.166


Perancangan Bijak Ke Atas Haiwan: Penyamaran

Kiri: Kutu pokok menyerupai duri-duri pokok. Kanan Bawah: Seekor ulat bulu berada di tengah sehelai daun supaya tidak dapat dikesan. Kanan Atas: Seekor ular menyamarkan diri dengan menyelitkan dirinya di celah dedaun.

Salah satu sifat yang haiwan miliki untuk terus hidup ialah kepakaran menyembunyikan diri – iaitu, "penyamaran".

Haiwan merasa perlu untuk menyembunyikan diri mereka kerana dua sebab: untuk memburu dan untuk melindungi diri mereka daripada pemangsa. Cara penyamaran adalah berbeza dengan menggunakan sepenuhnya kebijaksanaan, kemahiran, estetik dan harmoni.

Teknik penyamaran haiwan ini amat mengagumkan. Hampir mustahil untuk mengenal pasti seekor serangga yang bersembunyi di batang pokok atau makhluk lain yang bersembunyi di sebalik sehelai daun.

Kutu daun yang menghisap jus tumbuhan melindungi diri mereka di atas batang pokok dengan menyamar sebagai durinya. Dengan cara ini, mereka cuba menipu burung yang merupakan musuh terbesar mereka, dan memastikan burung-burung tersebut tidak hinggap di atas batang pokok tersebut.


Sotong

Kiri: Seekor sotong menjadikan dirinya kelihatan seperti permukaan pasir. Kanan: Warna kuning terang sotong yang sama berubah di dalam keadaan bahaya, seperti apabila ia dilihat oleh seorang penyelam.

Di bawah kulit sotong tersusun satu lapisan tebal daripada kantung pigmen yang kenyal digelar chromatophores. Ia terdapat asasnya di dalam warna kuning, merah, hitam dan perang. Pada satu masa, sel-sel akan berkembang dan memenuhi kulit dengan warna gelap yang bersesuaian. Begitulah cara sotong menyerupai warna batu yang ia berdiri di atasnya dan ia menjadi penyamaran yang sempurna.

Sistem ini berfungsi dengan begitu efisien sekali sehinggakan sotong ini dapat membentuk satu jalur kuda belang yang kompleks.167


Sistem-sistem Penglihatan Yang Berbeza

Kepada haiwan-haiwan laut, melihat amat penting untuk memburu dan mempertahankan diri. Kerana itulah, kebanyakan hidupan laut telah dilengkapkan dengan mata yang direka sempurna untuk kegunaan dalam air.

Di dalam air, keupayaan melihat menjadi makin terbatas oleh kedalaman, terutamanya selepas 30 meter. Organisma-organisma yang hidup pada kedalaman seperti ini, bagaimana pun, mempunyai mata yang direka bersesuaian dengan keadaan ini.

Tidak seperti haiwan darat, hidupan laut mempunyai lensa mata sfera yang bersesuaian dengan kepadatan air yang menjadi habitat mereka. Dibandingkan dengan mata makhluk darat yang bujur, mata yang berstruktur sfera ini lebih berguna untuk penglihatan di dalam air; kerana ia dilaraskan untuk melihat objek dengan dekat (close-up). Apabila satu objek difokus, seluruh sistem lensa akan berundur ke belakang dengan bantuan mekanisme otot khas yang terdapat di dalam mata.

Sebab lain mengapa mata ikan berbentuk sfera ialah kerana pantulan cahaya di dalam air. Kerana mata mereka dipenuhi dengan satu cecair yang hampir sama kepekatannya dengan air, maka tidak berlaku pantulan apabila satu imej yang terbentuk di luar terpantul ke mata. Kerana itu, lensa mata sepenuhnya mengfokus imej objek di luar ke retina. Tidak seperti manusia, penglihatan ikan sangat tajam di dalam air.

Sesetengah haiwan seperti sotong kurita mempunyai mata yang besar untuk menangkap cahaya yang lemah di dalam kedalaman air. Di bawah 300 meter, mata besar ikan perlu menangkap silau organisma-organisma sekelilingnya untuk mengenal pasti mereka. Mereka perlu sensitif terutamanya kepada cahaya biru lemah yang menembus masuk ke dalam air. Kerana itu, terdapat banyak sel-sel biru yang sensitif di dalam retina mata mereka.

Seperti yang dapat kita fahami daripada contoh-contoh ini, bahawa setiap hidupan mempunyai mata yang direka khas untuk memenuhi keperluan mereka. Fakta ini membuktikan bahawa ini semua telah dijadikan seperti yang sedia ada oleh seorang Pencipta yang mempunyai kebijaksanaan, pengetahuan dan kuasa yang hebat.


Sistem Pembekuan Istimewa

Seekor katak yang beku menghasilkan satu struktur biologi yang luar biasa. Ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda hidup. Degup jantung, pernafasan dan aliran darahnya telah berhenti sama sekali. Tetapi, apabila ais telah mencair, katak tersebut akan kembali hidup seolah-olah ia terbangun daripada tidur.

Selalunya, satu hidupan akan musnah apabila berada pada peringkat beku. Katak, bagaimana pun, tidak menghadapi masalah ini. Ia mempunyai ciri utama yang menghasilkan jumlah glukosa yang banyak ketika berada pada peringkat ini. Seperti seorang yang berpenyakit kencing manis, tahap gula di dalam darah katak berada pada peringkat yang amat tinggi. Kadang kala ia mencapai setinggi 550 milimo/liter. (Anggaran ini biasanya adalah sekitar 1-5 mmol/liter untuk katak dan 4-5 mmol/liter untuk badan manusia). Kepekatan glukosa yang keterlaluan seperti ini akan menyebabkan masalah yang serius dalam keadaan biasa.

Bagaimana pun, di dalam seekor katak yang beku, glukosa ini akan menahan air daripada meninggalkan badan dan menyekat kebocoran. Membran sel katak amat telap pada glukosa supaya glukosa mudah memasuki sel. Tahap glukosa yang tinggi di dalam badan mengurangkan suhu beku menyebabkan hanya sejumlah kecil cecair dalaman haiwan menjadi ais ketika sejuk. Kajian menunjukkan bahawa glukosa juga dapat memelihara sel-sel yang beku. Pada period ini, di samping menjadi bahan bakar semula jadi kepada badan, glukosa juga menghentikan banyak reaksi metabolik seperti sintesis air kencing dan melindungi sumber-sumber makanan sel yang berbeza daripada kehabisan.
Bagaimana sejumlah besar glukosa di badan katak dapat muncul secara mendadak? Jawapannya amat menarik: hidupan ini telah dilengkapi dengan satu sistem khas untuk menjalankan kerja-kerja ini. Sebaik sahaja ais mula muncul di atas kulit, satu isyarat dihantar ke limpa menyebabkan limpa menukar glikogen (glycogen) yang disimpannya kepada glukosa. Bagaimana isyarat ini dapat dihantar kepada limpa masih belum diketahui. Lima minit selepas isyarat ini diterima, kadar kandungan gula di dalam darah mula meningkat.168

Tidak dapat dipersoalkan lagi, bagaimana haiwan-haiwan dilengkapi dengan satu sistem yang dapat menukar metabolismenya untuk memenuhi keperluannya apabila ia diperlukan, hanya dapat dilakukan dengan plan Pencipta Yang Maha Kuasa yang tidak ada cacat celanya. Tidak mungkin kebetulan dapat menghasilkan sebuah sistem yang begitu sempurna dan kompleks seperti ini. 169


Burung-burung Laut

Burung yang berpindah randah meminimumkan penggunaan tenaga mereka dengan menggunakan "teknik-teknik penerbangan" yang berbeza. Burung-burung laut juga didapati mempunyai satu jenis gaya penerbangan. Burung-burung ini yang menghabiskan 92% hidup mereka di atas laut, mempunyai lebar sayap rentang 3.5 meter. Ciri paling penting pada burung-burung laut ini ialah teknik penerbangan mereka: mereka mampu terbang berjam-jam tanpa mengepakkan sayap mereka. Untuk melakukannya, mereka meluncur di udara dengan mengekalkan sayap mereka dalam keadaan tetap dengan menggunakan angin.

Ia memerlukan penggunaan tenaga yang seimbang untuk mengekalkan sayap terus terbuka dengan rentang sayap 3.5 meter. Bagaimana pun, burung-burung laut dapat kekal dalam posisi seperti ini selama berjam-jam. Ini kerana mereka dianugerahkan dengan satu sistem anatomi yang istimewa semenjak mereka lahir lagi. Ketika terbang sayap burung laut tersekat. Oleh itu, ia tidak memerlukan sebarang kekuatan otot. Sayap dinaikkan hanya dengan otot pelapis. Ini amat membantu burung ketika terbang. Burung-burung laut tidak menggunakan tenaga kerana mereka tidak menyepakkan sayap mereka atau membazirkan tenaga untuk mengekalkan sayap mereka terbuka. Terbang berjam-jam dengan menggunakan angin secara eksklusif menghasilkan satu sumber tenaga yang tidak terbatas untuknya. Sebagai contoh, seekor burung laut seberat 10 kilo hanya kehilangan 1% berat badannya ketika mengembara 1,000 km. Ini merupakan satu kadar yang amat rendah. Manusia telah mencipta alat peluncur angin dengan menggunakan burung-burung laut sebagai model dan dengan menggunakan teknik penerbangan mereka.


Sebuah Migrasi Yang Sukar

Ikan salmon Pasifik mempunyai karakter istimewa untuk kembali ke sungai-sungai di mana mereka menetas untuk pembiakan. Setelah meluangkan sebahagian hidup mereka di laut, haiwan ini kembali semula ke air tawar untuk membiak.

Apabila mereka memulakan perjalanan mereka pada awal musim panas, warna ikan ini ialah merah terang. Bagaimana pun, pada penghujung perjalanan, warna mereka telah bertukar menjadi hitam. Pada permulaan migrasi, mulanya mereka menghampiri pantai dan cuba mencapai sungai. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk kembali semula ke tempat kelahiran mereka. Mereka sampai ke tempat mereka menetas dengan melompat mengharungi sungai-sungai yang bergelora, berenang melawan arus, mengatasi air terjun dan tebing. Pada penghujung perjalanan 3,500-4,000 km ini, ikan salmon betina sudah sedia mempunyai telur, begitu juga dengan salmon jantan mempunyai sperma. Apabila tiba di tempat mereka menetas, ikan salmon betina akan mengeluarkan sekitar 3 hingga 5 ribu telur, kemudian salmon jantan akan mensenyawakannya. Ikan-ikan ini mendapat berbagai kerosakan sepanjang perjalanan dan penetasan ini. Ikan salmon betina yang mengeluarkan telur menjadi keletihan; sirip ekor mereka luruh dan kulit mereka mula bertukar menjadi hitam. Perkara yang sama berlaku kepada ikan-ikan salmon jantan. Tidak berapa lama kemudian sungai tersebut dipenuhi bangkai-bangkai ikan salmon. Tetapi, generasi ikan-ikan yang seterusnya telah bersedia untuk menetas dan memulakan perjalanan yang sama.

Bagaimana ikan-ikan salmon menyempurnakan perjalanan seperti ini, bagaimana mereka sampai ke laut setelah menetas dan bagaimana mereka mencari jalan mereka, ini semua adalah beberapa persoalan yang masih belum terjawab. Walaupun, banyak cadangan dibuat, tetapi penyelesaian yang sebenar masih belum ditemui. Kuasa apakah yang menyebabkan ikan-ikan salmon ini melakukan perjalanan beribu-ribu kilometer untuk kembali ke sebuah tempat yang mereka sendiri tidak tahu? Jelaslah terdapat satu kehendak agung yang mengatur dan mengawal semua benda hidup. Iaitu Allah Yang Maha Perkasa.

Koala

Minyak yang didapati di dalam daun eucalyptus adalah beracun kepada kebanyakan mamalia. Racun tersebut adalah mekanisme pertahanan kimia yang digunakan oleh pokok ini untuk menentang musuh-musuhnya. Tetapi terdapat hidupan istimewa yang dapat menentang mekanisme ini dan dapat memakan daun eucalyptus yang beracun ini; seekor marsupial yang digelar koala. Koala tinggal di atas pokok eucalyptus di samping itu mereka juga memakan daunnya dan memperolehi air daripadanya.

Seperti mamalia-mamalia lain, koala juga tidak dapat mencerna selulosa yang terdapat di dalam pokok ini. Untuk itu, ia bergantung kepada mikro-organisma pencerna-selulosa. Mikro-organisma ini terletak di titik pertemuan usus kecil dan usus besar, sekum (ceacum) yang merupakan sambungan yang memelihara sistem usus ini. Sekum adalah bahagian sistem pencernaan koala yang paling menarik. Fungsi segmen ini sebagai sebuah ruang penapaian di mana mikrob terbentuk untuk mencernakan selulosa apabila laluan daun ini tertunda. Oleh itu, koala dapat meneutralkan kesan racun minyak yang terdapat di dalam daun eucalyptus. 170


Kebolehan Memburu Di Dalam Posisi Tetap

Tumbuhan Afrika Selatan Sundew memerangkap serangga dengan rerambutnya yang kental. Daun-daun tumbuhan ini dipenuhi rerambut yang merah dan panjang. Rahsia rambut-rambut ini ialah ia dilumuri dengan satu cecair yang mempunyai bau yang menarik perhatian serangga. Satu lagi sifat cecair ini ialah ia amat kental. Serangga yang menuju ke arah sumber bau ini akan terperangkap di dalam rerambut kental ini. Tidak lama kemudian, seluruh daun akan tertutup di atas serangga yang telah sedia terjebak di dalam rerambut dan tumbuhan tersebut akan menyedut protein penting untuk dirinya daripada serangga dengan mencernanya.171

Kiri: Sundew yang terbuka. Kanan: Sundew yang tertutup.

Anugerah kepada tumbuhan ini tanpa perlu bergerak daripada tempatnya dengan satu keupayaan jasmani seperti ini, tidak dapat diragui adalah bukti tanda satu rekaan yang istimewa. Adalah mustahil bagi satu tumbuhan untuk membangunkan sebuah gaya berburu seperti ini dengan menggunakan keupayaan atau kehendaknya sendiri, atau secara kebetulan. Oleh itu, adalah sukar untuk masih menolak kewujudan dan kekuasaan seorang Pencipta yang telah membekalkannya dengan keupayaan ini.


Reka Bentuk Di Dalam Bulu Burung

Sekali imbas, bulu burung kelihatan mempunyai satu struktur yang sangat ringkas. Tetapi, apabila kami mengkajinya dengan teliti, kami dapati bulu burung tidak sahaja amat kompleks malah juga ringan tetapi kuat dan kalis air.

Burung perlu berada di dalam keadaan seberapa ringan yang boleh untuk membolehkannya terbang dengan mudah. Bulu burung terbentuk daripada protein keratin yang memenuhi keperluannya. Pada kedua-dua belah tangkai bulu burung terdapat urat-urat dan pada setiap urat ini terdapat sekitar 400 ruit-ruit halus. Di atas 400 ruit-ruit halus ini pula terdapat 800 ruit yang lebih halus, dua setiap satu ruit. Daripada 800 ruit halus yang memenuhi di atas satu bulu burung yang kecil, ruit-ruit yang berada di bahagian hadapan mempunyai 20 ruit lain di atas setiap satu daripadanya. Ruit-ruit ini melekatkan di antara dua bulu burung seolah-olah dua cebisan baju yang disemat bersama. Di dalam satu bulu burung terdapat hampir 300 juta ruit-ruit halus. Jumlah sebenar ruit-ruit pada semua bulu-bulu burung seekor burung ialah sekitar 700 bilion.

Ada sebab tertentu mengapa bulu-bulu burung bercantum kuat dengan satu sama lain dengan ruit-ruit dan klas-klas (pelekap). Bulu-bulu burung perlu melekat kuat pada burung supaya ia tidak gugur apabila bergerak. Dengan mekanisme daripada ruit-ruit dan klas-klas, menyebabkan bulu-bulu burung ini melekat kuat pada burung sehinggakan angin yang kuat, hujan atau salji tidak akan dapat menggugurkannya.

Tambahan pula, bulu-bulu pada badan burung tidak sama dengan bulu-bulu di sayap dan ekornya. Bulu-bulu pada sayap adalah lebih besar untuk membolehkannya berfungsi sebagai pengemudi dan brek; bulu sayap direka sedemikian untuk mengembangkan permukaan kawasan ketika sayap burung mengepak dan ia dapat meningkatkan kuasa anjakan.

Basilik: Pakar Berjalan Di Atas Air

Cicak basilik adalah di antara haiwan yang dapat bergerak dengan baik samada di air atau di darat.

Sebahagian haiwan dapat berjalan di atas permukaan air. Di antaranya ialah cicak basilik yang hidup di Amerika Tengah (seperti yang ditunjukkan di dalam gambar). Pada sisi jari kaki belakang basilik terdapat kepak yang membolehkannya memercikkan air. Ia bergulung ketika haiwan ini berjalan di atas darat. Sekiranya haiwan ini berhadapan dengan bahaya, ia akan mula berlari pantas di atas permukaan sungai atau tasik. Kemudian kepak pada kaki belakangnya akan terbuka dan ia membolehkannya berlari lebih jauh di atas air.172 Rekaan unik basilik ini adalah satu bukti tanda Penciptaan terancang.

Fotosintesis

Tidak dapat dinafikan, tumbuhan memainkan peranan yang besar dalam menjadikan cakerawala ini sebuah habitat. Ia membersihkan udara untuk kita, mengekalkan suhu planet ini pada tahap yang seimbang, dan mengimbangi pecahan gas-gas di dalam atmosfera. Oksigen di udara yang kita sedut telah dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Sebahagian besar makanan kita juga dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan. Nilai pemakanan tumbuhan datang daripada rekaan khas di dalam sel-selnya, di samping memiliki ciri-ciri lain.

Tidak seperti sel manusia dan haiwan, sel tumbuhan dapat menggunakan tenaga solar secara langsung. Ia mengubah tenaga solar kepada tenaga kimia dan menyimpannya di dalam bentuk nutrien (zat) dengan cara yang istimewa. Proses ini digelar "fotosintesis". Sebenarnya, proses ini tidak dilakukan oleh sel tetapi oleh kloroplas (chloroplast), struktur khas yang memberikan tumbuh-tumbuhan warna hijau. Struktur hijau yang hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop merupakan satu-satunya makmal di bumi yang berupaya menyimpan tenaga solar di dalam bentuk organik.

Jumlah bahan yang dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan di bumi adalah sekitar 200 bilion tan setahun. Pengeluaran ini amat penting untuk semua hidupan di bumi.

P engeluaran yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan ini telah direalisasikan melalui satu proses kimia yang rumit. Beribu-ribu "klorofil" yang terdapat di dalam kloroplas bertindak balas dengan cahaya di dalam masa yang amat singkat, sekitar seribu dalam satu saat. Kerana itulah, mengapa kebanyakan aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam klorofil tidak dapat diperhatikan.

Menukarkan tenaga solar kepada tenaga elektrik atau tenaga kimia merupakan satu penemuan teknologi terkini. Untuk melakukannya, peralatan-peralatan berteknologi tinggi perlu digunakan. Sel tumbuhan yang terlalu kecil untuk dilihat oleh mata kasar manusia telah melakukan tugas ini sejak berjuta-juta tahun.

Ini merupakan satu lagi sistem sempurna yang membuktikan penciptaan, untuk disaksikan oleh semua. Sistem fotosintesis yang begitu kompleks ini merupakan satu mekanisme terancang yang dicipta oleh Allah. Sebuah kilang yang tidak dapat ditandingi telah dihimpit masuk ke sebuah kawasan yang amat kecil di dalam daun. Rekaan yang tiada cacat cela ini hanyalah satu daripada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa semua benda hidup telah dijadikan oleh Allah, Yang Maha Berkuasa.

160 Bilim ve Teknik, July 1989, Vol. 22, No.260, p.59
161 Grzimeks Tierleben Vögel 3, Deutscher Taschen Buch Verlag, Oktober 1993, p.92
162 David Attenborough, Life On Earth: A Natural History, Collins British Broadcasting Corporation, June 1979, p.236
163 David Attenborough, Life On Earth: A Natural History, Collins British Broadcasting Corporation, June 1979, p.240
164 "The Structure and Properties of Spider Silk", Endeavour, January 1986, vol. 10, pp.37-43
165 Görsel Bilim ve Teknik Ansiklopedisi, pp.185-186
166 Walter Metzner,http://cnas.ucr.edu/~bio/faculty/Metzner.html
167 Bilim ve Teknik, January 1990, pp.10-12
168 National Geographic, September 1995, p.98
169 David Attenborough, Life of Birds, Princeton Universitye Press, Princeton-New Jersey, 1998, p.47
170 James L.Gould, Carol Grant Gould, Life at the Edge, W.H.Freeman and Company, 1989, pp.130-136
171 David Attenborough, The Private Life of Plants, Princeton Universitye Press, Princeton-New Jersey, 1995, pp.81-83
172 Encyclopedia of Reptiles and Amphibians, Published in the United States by Academic Press, A Division of Harcourt Brace and Company, p.35
paulusjancok
paulusjancok
BLUE MEMBERS
BLUE MEMBERS

Male
Number of posts : 809
Age : 31
Humor : Yesus nggak pake sempak...hanya orang GOBLOK yang menyembahnya
Reputation : 1
Points : 4667
Registration date : 2011-08-12

View user profile

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum